joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

PENYERAHAN KOMPUTER TERPAKAI KE SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SINTOK

Written by Amirullah Ikrami.

SINTOK: Pada 27 Mac 2018, telah berlangsung satu program iaitu Program Student Moving Beyond yang dianjurkan oleh Persatuan Information Technology UUM Association (ITECH) bersama Pusat Pembangunan Pelajar dan Alumni CAS yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Kedah. Tahniah dan syabas  diucapkan kepada pengarah program iaitu Mohamad Fazuan Bin Mohd Wafat dan ahli jawatankuasa yang lain  kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.

SEHARIAN BERSAMA PENGHUNI REMAJA DALAM PROGRAM JOURNEY TO RECOVERY CURE AND CARE REHABILITATION CENTER (CCRC)

Written by Amirullah Ikrami.

KULIM, 26 April -  Seramai 49 mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian serta seorang pensyarah pengiring sebagai penasihat projek Dr Saralah Devi Mariamdaran yang menghadiri program Journey to Recovery Cure and Care Rehabilitation Center (CCRC) di Karangan, Kulim Kedah yang dianjurkan oleh Persatuan Kaunseling &Psikologi (PERKAP) pada Rabu, 25 April 2018.

PELAJAR MOBILITI LUAR NEGARA TERPESONA DENGAN KEINDAHAN ROYAL BELUM

Written by Amirullah Ikrami.

19 APRIL 2018 – Sebuah program iaitu Adventure to Royal Belum anjuran Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA), College of Arts and Science (CAS) dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) Universiti Utara Malaysia (UUM), telah diadakan bertempat di Royal Belum, Temenggor, Gerik, Perak yang melibatkan seramai 29 pelajar dan 6 staf dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

JARINGAN PENDIDIKAN KOMUNITI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERSAMA PPD PADANG TERAP DAN ADUN KUALA NERANG

Written by Amirullah Ikrami.

KUALA NERANG, 24 April 2018: Telah berlangsung satu program iaitu Jaringan Pendidikan Komuniti yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar subjek Projek Khidmat Komuniti (SGDV3993) dan Persatuan Pendidik UUM yang bertempat di Dewan Komuniti Hashim, Kuala Nerang. Tahniah dan syabas  diucapkan kepada pengarah program iaitu Ahmad Najmuddin Rabbani bin Ahmad Syukri dan ahli jawatankuasa yang lain  kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.

Seramai 238 pelajar sekolah menengah dari 9 buah sekolah Daerah Padang Terap telah menyertai program ini. Program bawah penyeliaan Dr Muhamad Dhazir Kasa,  pensyarah subjek Projek Khidmat Komuniti, ini telah dikendalikan oleh 34 fasilitator yang terdiri daripada pelajar semester 2,4 dan pelajar mobiliti dari UHAMKA, Indonesia.  Program ini adalah bertujuan untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada pelajar-pelajar serta memberi pendedahan tentang pengajian tinggi.

Kuala Nerang

Di dalam program ini, para pelajar diberikan motivasi untuk terus belajar dan jangan pernah sesekali berputus asa untuk melakukan sesuatu walaupun pernah gagal, melalui aktiviti-aktiviti  seperti 'Dam Ular' yang telah dibentuk dengan pertanyaan-pertanyaan yang boleh membina semangat.  Aktiviti kedua yang dijalankan adalah 'Menara Impian'. Melalui aktiviti ini para pelajar dikehendaki melakar sebuah menara yang mereka impikan dan seterusnya membina menara yang sama seperti yang dilakar tersebut dengan mengunakan straw. Melalui aktiviti ini pengajaran yang boleh diperolehi adalah sebagai seorang pelajar apa yang kita impikan, kita perlu berusaha untuk merealisasikan apa yang betul-betul kita impikan. Para pelajar juga turut mendengar ceramah motivasi daripada Ustaz Mokhtar sebagai penutup pengisian program.

Berdasarkan maklum balas yang diperolehi, program ini mendapat pujian daripada guru-guru sekolah, ibu bapa, pensyarah, dekan SEML dan turut mendapat pujian daripada YB Dato Badrul Hisham Bin Hashim, ADUN Kuala Nerang  yang juga merupakan penaja sepenuhnya program Jaringan Pendidikan Komuniti ini.

Diakhir program, Dato Badrul Hisham memberi  maklum balas yang positif dan meminta pihak penganjur bagi mengadakan  program ini untuk fasa kedua. Program ini turut disertai oleh Prof Madya Dr.Yahya Don, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengarah program dan semua ajk yang terlibat kerana bersungguh-sungguh menjalankan program ini sehingga berjalan dengan lancar.

Tamat.

PENGALAMAN MENARIK YANG AKAN SENTIASA DIINGATI HANYA DI UUM

Written by Amirullah Ikrami.

SINTOK, 28 April 2018 - Pendedahan awal mengenai pendidikan di pengajian tinggi pastinya dapat membantu para pelajar untuk bermotivasi dan mempunyai halatuju yang jelas dalam kehidupan mereka. Untuk itu, Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK)  telah menganjurkan  Program Visit UUM : Lawatan SMK Dr Burhanuddin pada 28 April 2018 bertempat di Dewan Seminar CAS.

PENGALAMAN MENARIK JUMANJI TRIP DI PANTAI MERDEKA

Written by Amirullah Ikrami.

Pantai Merdeka, 27 April - Program Jumanji Trip ini diadakan pada 26 -27 April,2018 di Pantai Merdeka iaitu pada hari Khamis dan Jumaat. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pendidik UUM  untuk memberikan peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menjalankan program di luar kampus UUM dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang amat menyeronokkan kepada semua peserta Jumanji dan AJK sekali.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim