joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

28 ORANG PELAJAR UUM CAS AKAN DIGILAP MENJADI USAHAWAN BIDANG INDUSTRI KREATIF

Written by Amirullah Ikrami.

PPA UUM CAS ONLINE : Seramai 28 orang mahasiwa dan mahasiswi UUM CAS telah terpilih menjadi peserta program Program Inkubator Usahawan Kreatif Utara (Utara Creativepreneur Incubator-UCI) selepas mempersembahkan idea perniagaan di dalam sesi pitching yang diadakan pada 14 Mac 2017 yang lepas. 

Sebanyak 12 kumpulan bakal usahawan telah hadir ke sesi pitching tersebut yang dinilai oleh lapan orang juri di dalam dua sesi.  Antara idea perniagaan industri kreatif yang dipersembahkan merangkumi bidang fotografi, animasi, pembangunan aplikasi mudah alih, seni kaligrafi, produksi video, video editing, dan penulisan skrip.

 uci

Menurut Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin (SCIMPA) yang menjadi salah seorang juri di dalam sesi pitching tersebut mengatakan calon yang mempersembahkan idea perniagaan pada hari ini adalah lebih baik berbanding dengan tahun lepas. Beliau pernah menjadi mentor di dalam program keusahawanan seperti UCI pada tahun lepas. Selari dengan pendapat Dr. Syamsul Bahrin Zaibon (SCIMPA) berpendapat semua calon pada tahun ini hebat-hebat belaka dan kalau nak diikutkan semua yang mempersembahkan idea perniagaan itu layak untuk menyertai program ini. Tetapi apakan daya kerana kekangan kewangan, hanya yang terbaik dipilih.

UCI ialah adalah program pengalaman berasaskan ‘dunia perniagaan sebenar’ yang berupaya memberi pendedahan kepada bakal usahawan kepada konteks perniagaan bagi membolehkan mereka meningkatkan kemahiran secara spesifik serta memperkembangkan kerjaya mereka. Di dalam program ini, bakat dan potensi pelajar di dalam industri kreatif akan dikembangkan secara sistematik melalui program UCI yang terancang sehingga berupaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Program ini dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM CAS akan berjalan selama 12 bulan dan akan berakhir pada October 2017.

Selepas ini, semua peserta UCI yang berjaya akan mengikuti Bengkel Keusahawanan Kreatif Utara pada 30 Mac – 2 April 2017 di Pulau Pinang.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim